Kelas E-Learning Dan Permainan Pendidikan Dalam Talian
9 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin 8 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-11 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang.
Dengan menggunakan laman ABCYA, pelbagai permainan dalam talian yang berunsur pendidikan dan bentuk permainan tersedia untuk kanak-kanak. Reka bentuk dan penyediaan permainan dalam talian ini juga ringkas dan menggunakan warna dan pendekatan yang menarik untuk menarik minat kanak-kanak belajar sambil bermain. Sempena dengan Tahun Baru 2024, para peserta mencuba permainan dengan tema “Happy New Year” yang merupakan pencarian perkataan.
Objektif pembelajaran ini adalah untuk menguji dan melatih penggunaan tetikus dan enjin carian. Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu siberbuli dalam kalangan kanak-kanak agar mereka lebih memahami keburukan tindakan ini dalam pergaulan sosial mereka.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: